WE ARE MEANT TO BE
Mereka percaya cinta sejati. Adira Kaisara gadis sopan yang biasa. Golongan sederhana tetapi bijak laksana. Manakala Irman Firash, jejaka idaman. Golongan berada, cerdik akademik. Prinsip mereka ‘bercinta tak lupa akademik, bercinta tak lupa Allah.’
Ditolak dengan baik, dia terima dengan terbuka. Tahniah buat pasangan itu dan melangkah pergi dengan rela. “Aku terima nikahnya Adira Kaisara Binti Hakim dengan mas kahwinnya seratus lima puluh ringgit tunai”. Termeterailah sebuah ikatan suci antara Firash dan Adira. Firash berkata lagi ‘we’re meant to be, right?’. Adira hanya mampu tersenyum bahagia. Doa mereka dimakbulkan Allah. Jawapan Tuhan sememangnya tepat. Dua jiwa, bersatu kembali.
Firash sering berkata kepada Adira ‘we’re meant to be’. Kata-kata pengikat mereka. Bagai isi dengan kuku, ada Adira, adalah Firash. Jika Firash mendapat tempat pertama dalam peperiksaan, maka Adira di tempat yang kedua, begitulah sebaliknya.
Nasihat ayah dan ibunya agar tak bercinta di zaman sekolah kerana akan hilang fokus ditentang semahu-mahunya. Firash yakin Adira gadis terbaik yang pernah dijumpai. Percaya dengan kata hatinya, Firash nekad membawa Adira bertemu ibu bapanya agar dapat megubah persepsi mereka.
Adira sedang bersantai di beranda biliknya, tiba-tiba ‘titt.. titt…’. Firash menghantar SMS. “Saya nak bawa awak jumpa ibu ayah saya. Petang esok. Boleh?”. Adira terkejut tetapi hatinya bahagia. Adira turun bertemu ibunya untuk meminta kebenaran. Ibarat kereta memecut ketika lampu bertukar hijau di jalan raya, secepat itulah Adira membalas SMS kepada kekasih hatinya selepas mendapat kebenaran. “Nanti saya datang jemput”, hati Adira berbunga kembali.
“Ibu tak kira, Firash mesti putus hubungan dengan Dira! Ibu tak suka. Walaupun nampak baik, entah betul entah tak!”. “Ibuuu..! Jangan la judge dia macam tu.. Ibu baru ja jumpa dia sekali”. “Betul cakap ibu tu. Putus ja. Faham? Ayah pun tak suka!”, ayah Firash menyampuk. Kedua-dua orang tuanya menentang keras percintaan mereka. Protes dengan hakikat itu, Firash berlalu ke biliknya tanpa sebarang kata-kata. Pintu bilik dihempas sekuat hati. ’Diraa… Maafkan Firash. Firash tak sangka ibu nak buat macam tu…’ rintih hatinya. Panggilan serta SMSnya untuk Adira, tidak dilayan sama sekali oleh gadis itu.
Dia tidak menyangka, Ibu Firash minta dia… Minta dia putus dengan Firash? Dengan Irman Firash? Gila! Sangat-sangat gila! Aku sayang dia. Tetapi, gadis yang baik, taat pada orang tua dan atas dasar hormat, dia memutuskan tidak melayan Firash lagi. Malah dia sebulat hati mengambil keputusan untuk berpindah ke London selepas SPM. Mengikut ayahnya yang di hantar ke sana atas urusan kerja. Walaupun pada asalnya dia tidak berminat mengikut keluarganya dan ingin menyambung pelajaran di Malaysia.
Di sekolah, Adira mengelak, Firash mengejar. Apabila Firash bercakap dengannya, Adira membiarkan bagai angin berlalu. Firash tak berputus asa, malah acapkali dia mengulang ayat ‘we’re meant to be, Dira’. Pelbagai usaha dilakukan, tetapi semuanya tidak diendahkan oleh Adira. Waaupun SPM telah bermula, tiada kata-kata semangat yang mengiringi kedua-dua pasangan itu.
“Pelajar cemerlang SPM dengan mendapat keputusan 10A+ ialah Irman Firash Bin Aziz Ali”. Tepukan gemuruh bergema. “ Seorang lagi ialah Adira Kaisara Binti Hakim”. Sekali lagi tepukan menggegar seluruh isi dewan. Dua hati terpisah, namun kejayaan diraih.
Pucuk dicita ulam mendatang. Adira mendapat tawaran menyambung pelajaran ke London. Azamnya satu, berpegang pada kata-kata ‘mencintai bukan bererti memiliki’, Adira ingin mengikis nama Irman Firash dari kotak mindanya. Manakala Firash ditawarkan ke Mesir, meyambung pelajarannya di sana. Meninggalkan tanah air tanpa mengetahui hala tuju pasangan masing-masing. Hanya doa yang menjadi teman saban waktu.
Lulus cemerlang dalam pengajiannya, Adira terus bekerja di London. Bertemu dengan Mark sedikit sebanyak menceriakan hari-harinya. Mark, jejaka berdarah Inggeris. Tampan dan meminati Adira dalam diam. Mula belajar Islam sedikit demi sedikit demi Adira. Setahun kemudian, dia telah memeluk Islam.
Melangkah pulang selepas mengantar keluarganya kembali ke Malaysia di Heathrow Airport, tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara yang sangat dikenali. Suara yang cuba di’delete’ dari hatinya. Tidak mahu percaya dengan apa yang didengarnya, Adira melangkah kembali untuk pergi, namun, bahunya ditepuk tiba-tiba. Perlahan dia berpaling, Adira terpempan, wajah yang cuba diusir muncul kembali. Adira resah.
“Firash..” bisiknya perlahan. “Dira… Dira.. Awakkan Dira?? Jangan tinggalkan saya lagi. Saya sayang awak Dira. Lama awak menghilang. Awak tak rindu saya Dira? Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya dengan cara menghantar saya ke sini atas urusan kerja. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Dira, terimalah saya balik. Ibu, ayah dah boleh terima awak. Percayalah. Saya rindu awak, Dira...”. “Emm.. Kita minum dulu?”, Adira bersuara kemudiannya. “Oke”. Mereka berbual panjang dan akhirnya kata putus diambil untuk berkawan dahulu.
Berteman kembali dengan Firash, hatinya riang. Setiap hari, pasti ada sekuntum bunga di hadapan rumahnya berserta kad yang tertulis di dalamnya, ‘we’re meant to be, Dira. Believe me’. Siapa lagi kalau bukan daripada Firash. Adira buntu. Di saat hatinya cuba terima Mark, Firash kembali. Dua bulan selepas berjumpa semula dengan Firash, dirinya dilamar oleh Mark, diikuti dengan Firash seminggu kemudiannya. Langsung tak diduga dengan hal yang sebegitu, lantas Adira mengambil keputusan untuk berdiam diri selama dua bulan dan pulang ke Malaysia.
Kembali ke London dengan hati yang nekad. Yakin 100% dengan pilihannya. Hatinya berkata, “Istikharah dah 40 kali. Jawapan sama. Allah dah bagi jalan, nak apa lagi?”. Adira percaya jodohnya tepat.
Ditolak dengan baik, dia terima dengan terbuka. Tahniah buat pasangan itu dan melangkah pergi dengan rela. “Aku terima nikahnya Adira Kaisara Binti Hakim dengan mas kahwinnya seratus lima puluh ringgit tunai”. Termeterailah sebuah ikatan suci antara Firash dan Adira. Firash berkata lagi ‘we’re meant to be, right?’. Adira hanya mampu tersenyum bahagia. Doa mereka dimakbulkan Allah. Jawapan Tuhan sememangnya tepat. Dua jiwa, bersatu kembali.
Comments
Post a Comment
Leave your thoughts here.