Salam Maulidur Rasul

Isnin, 12 Rabiul Awal tahun gajah. Tarikh apa ni? Ya, pasti semua tahu. Tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Manusia terhebat sepanjang zaman. Manusia yang disebut-sebut setiap masa. Kekasih Allah yang tiada tandingnya.

Maka, seharusnya kita, sebagai umatnya menyambut bulan serta hari kelahiran baginda. Sebagai tanda bersyukur, sebagai tanda kagum, sebagai tanda bangga dengan keperibadian Baginda Muhammad S.A.W yang unggul sepanjang zaman.

Kalau bab birthday kawan, tudiaa, boleh senarai sepuluh muka surat, nak habaq kata ingat. Tapi nak ingat birthday orang yg penting dalam Islam, orang yg berdakwah sehingga menjadikan kita lahir sebagai Islam pon payah ? Sama-sama kita perbetulkan diri . Semoga Rasulullah terus diingati . Semoga Baginda terus disanjungi. Dia Kekasih Allah.


Salam Maulidur Rasul . ;)




Comments

Popular Posts