STRAIGHT TO SYURGA , NOT NERAKA .




Sekilas jam dimeja menyapa mata. 5.30 petang. ‘Dumm!’, hentakan pintu yang kuat kedengaran di luar bilik. Aku terpempan. Mengapa dan kenapa? Dengan sejuta satu tanda tanya, tombol pintu aku pulas dengan berhati-hati, mana nak tahu, tiba-tiba ada serangan yang tak diingini. Melihat keruhnya muka Damia, mulutku mati untuk bertanya. Bukan apa, takut pula aku yang disembur tak ingat dunia. Huhu. Otak ligat berpusing mencari punca masalah Damia. Menambah menolak mendarab dan membahagi semua angka. Meneka dan terus mencuba. Hasilnya, apa pun tak jumpa. Hailaaa.


Teringat kata orang, nak redakan hati yang panas, bagi minum air. Secara autonya, kakiku melangkah ke dapur mencari medium pencairan tersebut. Dengan berhati-hati, Damia aku dekati. Dia langsung tidak mengangkat muka. Telingaku jelas menangkap esakan kecil dari bibirnya. Semakin berkerut aku melihat keadaan sahabatku yang satu ini. Aku lekapkan tangan dibelakang badannya. Ku usap perlahan, cuba untuk memberi kekuatan. ‘Minum’, aku mempelawa penuh santun. Ewah.


‘Dia… Dia…’, kata-kata Damia mati. Aku terpinga-pinga. ‘Awat ni?’, loghat Kedah tetap di hati. Nafas panjang di hela. Dia memandang wajahku. Lama. Aku bagai terpaku, terus menunggu. Damia mencapai gelas berisi air yang ku bawa. Diteguk seketika dan kembali mengeluh panjang. ‘Addi, he tried to hold my hand, waktu nak lintas jalan tadi’, senafas dia menuturkan ayat tu. Aku terpempan. Gila apa? ‘Aku tak sangka, sebelum ni dia ok ja, agama jaga semua, tiba-tiba ja jadi luar biasa’, Damia menyambung penuh perasaan. Kini, giliran aku menghela nafas panjang. ‘Damia, find someone who will bring you straight to syurga, not neraka’, senafas juga aku tuturkan ayat tersebut. Geram rasa di hati, kalau boleh, kepala Addi tu aku siat-siat jadi capati. Heh? Apa-apa ja la. ‘Pastu, hang nak nangis hanya atas sebab seorang  lelaki? C’mon la Damia, banyak lagi manusia yang Allah cipta, yang seribu ganda lagi baik dari dia. Nak yang mana? Ada ja. Cuma kena cari dan teliti. Jangan pakai ambik sesuka hati.’, aku bersuara lagi. ‘Aku taktau, semua tiba-tiba. Dia tak pernah buat macam ni dowh’, Damia berkata lagi. ‘Istikarah then. But, If he has NO IMAAN , then he can never be your King ‘, lantas aku mengangkat punggung menuju ke bilik.


-TAMAT-


Haha. Pendek ja. Maaf. Taklarat nak kerah otak. Dan, maaf kalau tak seronok LANGSUNG. Walau pada hakikatnya, rasanya macam YAA jaa. Hohoo. Okeh, motif sebenaqnya, untuk mengingatkan, walau sekuat mana pun kita tengok orang tu beriman, boleh ja dia berubah tanpa disangka. Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Ahha! Walaupun Nampak remeh, pegang tangan ja pon. Haa, pegang tangan tu la yang mengundang lagi banyak bahaya mendatang. Kita tak tau. Anything can happen apa. Mencegah sebelum parah. Hoyeah.


Boys,
Biarlah disanjung kerana tebalnya iman di hati. Menawan kerana indahnya budi. Mengancam kerana menjaga lisan dan peribadi. Memikat kerana mampu menjadi imam sejati.


Girls,
Biarlah cantik kerana menutup aurat. Menawan kerana sopan. Mengancam kerana senyuman. Memikat kerana iman. Hebat kerana kuat.


Cerita hanya coretan. Bukan luahan, bukan pengalaman. Aku takdak kena-mengena dengan apa-apa. Saja malas nak menambah nama dan karakter. Idea ciput. Haha. Lagipun, masih taktau dunia sebenar di luar. Hanya menaip apa yang termampu. Mohon ampun atas kekhilafanku.


If he has NO IMAAN , then he can never be your King .
If she cannot stay on her DEEN then she can never be your Queen .

Comments

Popular Posts