Pray For Me and My Pals .




Tangan sibuk menanda isi-isi penting tatkala mata berlari penuh lancar meniti baris-baris ayat di depan mata. Tanpa diduga siku tertolak kotak pensel di bucu meja. Pap! Bunyi jatuh memecah suasana. Terhenti tangan dari bekerja. Mata terus menyapa jam di tepi meja.  1:45 pagi. Gila! Lamanya aku berjaga. Sigh. Penat? Ya, sangat penat. Pulun saat akhir,tahu sendiri lah gaya macam mana. Mandi tak basah tidur tak lena. Macam zombie dah gayanya. ==’

3 days to go. Rasa macam tak percaya. Rasa macam baru sangat jejak kaki masuk sekolah menengah. Semuanya cepat dan pantas. Tuptup, dah nak hadapi exam yang agak besar lepas UPSR. Ohyeah, bangga sangat. Tapi, besar jugaklah benda ni untuk umur aku. Getaq jugaklah nak hadapi benda tu. Once-in-a-lifetime tahu. Penentu pindah atau kekal ‘disitu’. 9A atau 9E. Menangis gembira atau gigit jari.

Haila, penat pikiaq. Rasa nak habiskan cepat-cepat. Tapi, takut pulak nak hadapi hakikat. Entahlah. Apapun, masa masih ada. Kena pulun selagi terdaya. Bila sampai saat macam ni, baru rasa ruginya masa tak diguna penuh dedikasi. Itulah manusia. Alpa dan leka. Bila dah hilang, baru dikenang. You will never miss the water till the well runs dry. Sungguhlah. Menembak tepat ke muka. Jatuh rebah ke bumi. Aku lemas mengejar hari. Suntuk terus suntuk. Bukan bereti aku tak ready langsung lagi, tapi, confident level aku rendah nak mati. Dalam meniti hari,baru aku sedar masih banyak yang aku tak reti. Masih banyak yang perlu dicari dan diteliti.

Apa pun, seperti biasa. Tangan didada memohon pada yang Maha Kuasa. Aku hanya mampu berusaha dan berdoa. Dia penentu segalanya. As usual as well, I seek for your apologize. Kotkot pernah termarah,menyakitkan hati, menggores naluri, menyentap sanubari, menampar pipi hatta menggedik tak ingat diri , sehingga menjengkelkan diri anda. Kemaafan dipinta agar dosa dilupa. Memohon restu anda mendoakan saya setiap masa. Dan kawankawan juga. 

Buat rakan seperjuangan, teruskan usaha. Jangan lupa untuk memohon pada DIA. Sujudlah, sebab pada sujud itu ada kedamaian. Pohonlah, semoga diri mendapat keberkatan. Selamat berjuang teman. Aku doa kita semua berjaya meraih kejayaan agar dapat mengejar impian tanpa halangan. Bittaufiq wannajah .


Anda yang membaca, doakan saya. Dan kawankawan saya juga. Maaf dipinta, agar sengketa dilupa. Restui kami, agar lancar tangan berlari di dewan peperiksaan nanti. Terima kasih kerana meminjamkan mata dan masa. May Allah bless. Doakan ya, kami berjaya. 

 Live the moment. Cherish the present. 
Anticipate the future.

Comments

Popular Posts