Say it. Before its too late. Doa. Pada Dia.
Bukk! Aduh! Sekali dengar, bunyi
macam budak-budak main meriam buluh time
malam raya. Dua kali dengar, macam nangka busuk jatuh pokok nangka. Mak aii.
Jatuh saham woii. Merudum. Sakitnya la pon pinggang. Tangan kanan laju mengurut
pinggang sambil mulut tak berhenti merungut memarahi diri sendiri. Serve your right Fitri. Padan muka
sendiri. Mimpi sangat. Yang bukan-bukan pulak tu. Dah tu, harap mimpi nak jadi
realiti. Berangan. Hati ooi. Sungguhlah, memang harap pon. Tapi…
‘Perasaan terjaga dari mimpi , itu
namanya realiti ‘
Dush. Baru nak rasa macam sedar
dari lena? Dan, sungguhlah. Aku memang dah rasa macam tu pon sekarang. Realiti
dah ni Fitri! Dah macam ape dah jatuh katil. Heya. Nasib badan sungguh. Ada ka…
hero kecundang? Dah la dalam mimpi
sendiri dan naseb baik lah dalam mimpi sendiri. Huih. Malu weyh. Mimpi kemain
hebat. Hee. Hari pengumuman keputusan PMR 2013 ala-ala majlis graduasi universiti?
Uuu! Mimpi kelas satuu! Mentang-mentang la sekarang ni dalam musim hari
gradusasi, boleh pulak jadi tayangan sampingan kau buat air liur basi ya Fitri?
Mimpi sangatlah kauu. Tapi kan, rasa macam.. nak bangga dengan diri sendiri pun
ada jugak. Ek eh. Mana ada orang mimpi macam aku. Ya ke? Huh. Whatever. Cup seminit. Kalau nak ingat
balik kan… Weyh, aku baru nak langkah masuk dewan, tuptup tersadung. Bapak ah.
Takdan nak tengok rupa dewan pon. Dah berjubah graduasi bagai dah kot. Tapi,
labuh? Huh, mau tak terpijak jatuh. Mau tak jatuh katil mengaduh. Ngee~ Plus
pulak tidur tak ambik wudhuk. Hamek kau. Dush lagi sebijik.
Tapi kan, sungguh tak tipu. Skru
pinggang ni dah rasa macam longgar semacam. Ke dah hilang? Aiyakk. Haruu. Badan
diangkat dari baring terduduk. Haih. Mengeluh lagi. Terus kaki diayun menuju ke
kabinet mencari setem pelekat. Mata laju meniti satu-persatu barang dalam
kabinet di depan mata. Salonpas mana?
Parah sungguh dah ni. Ohyeah. Cosmopas
pon jadik. Terus diambil dan dilekat di belakang pinggang. Rawatan sementara. Does it matter? Jalan jeh.
Tulah Fitri. Ingat mimpi seronok tu
semua happy ending? Mimpi hari result
PMR kena umum kot. Haih, bikin meremang mak. Naik semua bulu roma dah ni. Parah
dah kau ni Fitri. Kot ya pun seram nak ambik result, perlu ke sampai mimpi? Dan
kalau la sempat masuk dewan dalam mimpi tu, agak-agak, dapat naik pentas ke tak
eh? Huu, merapu lagi. Taknak pikir. Seram. Dan sumpah, rasanya kepala pun dah
plus biul dah ni. Erk.
Mata dilabuh pada jam dinding. 5.30
pagi. Awal lagi. Apekenama? Kat asrama waktu ni kau bangun. Cuti-cuti macam ni,
awal kau kata? Memang la nak kena brainwash. Hikhik.
Hush. Tiba-tiba, mimpi tadi lagi sekali terlayar di depan mata. Mulut menarik
sengih. Lantas kepala menggeleng perlahan. Haila Fitri, apejelah yang kau mimpi.
Ops. Wait! Wait! Jatuh katil? Apake?
Kalau nak pikir kenapa aku tak jadi hero cemerlang dalam mimpi tu, rasanya
sebab apa haa? Woii, Allah wants you to
pray maybe. Sebab tu Dia kejut kau dengan cara tu. Cara tu? Jatuh. Jatuh daripada
katil. Betullah tu kot. Lamanya la tak buat acara malam pon. Jauh dah ni
rasanya. Sampai dah tak ingat bila last
yang bangun malam. Padan lah pon. Dah lama hanyut dengan dunia sendiri dah oii.
Dengan tidur tak ambik wudhuk. Hmpfhh. Memang patut lah pon mimpi jatuh katil. You deserve it though. Hah ha. Gelak
untuk diri sendiri lah gayanya. Apa lagi?
Mulut menarik sengih sinis untuk
diri sendiri tentunya. Terus kaki di hala ke bilik air. Tanya lagi nak buat
apa. Do what you have to then. Huh.
Memang la patut banjir untuk diri sendiri pon. Batin dah kontang. Dan memang
kena mintak bantuan ASAP untuk diri
sendiri. Dah kering sangat nampaknya. Lama sangat dah kau tak mintak pada Dia. Lama
sangat dah takbasahkan mulut dan hati dengan apa yang sepatutnya. Macam yang sepatutnya.
Macam yang biasa. Kena train balik dah ni Fitri. It shouldn’t be like this. Should not. Pili air diputar. Air
mengalir deras selaju empangan pecah di tubir mata. Allah.
Ya, mungkin ni hikmah mimpi tu.
Bukan Allah nak tunjuk result aku
dapat berapa. Tapi… Kepala lagi sekali digeleng perlahan. Kopiah di atas meja
dicapai dan terus dipakai kemas di kepala. Sejadah dibentang luas di depan
mata. An-nas dibaca. Tangan mula mengangkat takbir. Ampuni aku. Moga Allah
redha.
__________________________________________________________________________________
Buat sahabat. Sungguh. Anda tak
sempurna. Aku juga. Aku tak menuding jari mengatakan anda tak sempurna, sebab
aku tahu, empat jari lagi berbalik pada diri aku sendiri. Hence, ni dia pengembaraan yang perlu kita tempuh. Ingat Dia, bukan
hanya dikala susah, tapi juga ketika mudah.
Buat insan-insan yang sedang
menanti sesuatu keputusan, di saat-saat terakhir begini, pasti sahaja menjadi
waktu rebutan untuk memohon dan merayu pada Dia. Kan? Sudah tentu, amalan
menjadi berganda-ganda banyaknya. Luar biasa daripada yang biasa. Tak ke? Tidak
dapat dinafi. Kerana aku juga begitu. And
again. Malu untuk diri sendiri. Haih. Geleng kepala untuk kesekian kalinya.
Tapi satu, sama ada baru atau
lama kita minta pada Dia, kita harus terus berusaha. Kerana, Dia melihat usaha
bukannya natijah. Betul, terkadang kita leka. Adakalanya kita alpa. Dah namanya
manusia. Kan? Apa pun, kalau dah dapat ‘Inche Kesedaran Plus Keinsafan’ tu,
teruskan berusaha dan meminta, ya? Dan semestinya, harus istiqamah lah! Banyak
cantik kau. Buat berhenti , buat berhenti. Tambah-tambah kalau dah berjaya
nanti. Entah-entah nak sujud syukur pun payah. Nauzubillah. Dah sedia nak makan
stiletto tinggi tiga kaki? Heheh. Chill. Chill.
From now on, kita sama-sama train,
untuk istiqamahkan usaha kita. Apa pun, perlu cuba. Ya, walaupun asalnya kita seorang
penjenayah, kita masih hidup pada saat ini untuk berubah. Allah masih bagi
ruang dan peluang untuk berubah. Dan tak mustahil diri penjenayah itu akan
menjadi yang terbaik pada masa akan datang. Kan? Mungkin lebih baik daripada
mereka-mereka yang sudah sedia baik pada hari ini. It should be ‘That was I. This is me.’ Senyum =)
Dan, buat mereka-mereka, apa pun yang
akan jadi pada hari result di umum nanti,
usah difikir lagi kemungkinannya. Kerana, masih ada waktu untuk meminta
pada-Nya. Masa masih berbaki kawan. Usah disia dengan angan-angan. Minta dengan
penuh kerendahan. Doa dengan penuh kesungguhan. Moga semua mendapat kejayaan.
Ya, semua. If Allah wills, of course.
Allah, kurniakan kami dengan kejayaan. Ameen.
Panjang dah ni. Haitt. Terima kasih kerana meminjamkan mata dan meluangkan masa.
Everybody has a past . Everybody lives a
present .
And everybody deserve a future.
Credits = Google - Anthem,Hlovate
Comments
Post a Comment
Leave your thoughts here.