Bismillahi Walhamdulillah


Bismillahi walhamdulillah. Again Allah gives me a chance to breathe his air. To live the life. To be a better person and muslim-ah. Well, yes after such a long time, I feel like wanna to write something. Why I didn’t write anything before? Ehem. Lazy is the best answer after all. Aha. 

Ramadhan 1435 Hijri
How could the time flies too fast? Allahu. Ramadhan kali ini, terlalu pantas datangnya. Tergesa-gesa pula hendak berehat bagi bersedia untuk tahun berikutnya. Sedar tak sedar dah nak habis Ramadhan tahun ni*cliché. Apapon, tulah sebenarnya yang dirasa. Cepat sungguh-sungguh. Tuptup dah nak raya. Sungguhlah dah taklama untuk sampai ke masa itu. Masa pengakhiran dunia. Masa untuk seluruh alam dan seisinya bertemu Pencipta. Sampaikan betapa lajunya bumi berputar sudah pun terasa. Sampaikan betapa cepatnya masa berlalu begitu menyeksa. *Geleng kepala. 


What is Ramadhan?
A month where you need to empty your stomach in order to feed your soul.

Teringat ceramah nuzul quran kat Raudhatussakinah (18Ramadhan1435H), Ustaz tu cakap ‘Beruntungnya seluruh umat manusia, jika sebuah kereta original dibeli, sudah pasti ada masa-masa tertentu untuk dapat servis secara FOC daripada syarikat yang dibeli. Tapi, alangkah lebih beruntungnya seluruh umat Islam, jika hidup dan bernyawa, sudah pasti setiap tahun, satu bulan diperuntukkan untuk diservis perut mereka secara FOC oleh Pencipta. Tidak pernah dimungkiri walau sekali sehinggalah sekiranya satu syarat itu dilanggari, iaitu sudah pergi menghadap ilahi.’ Nah. Sungguhlah. Rasa macam tersentak sebenarnya. Seakan baru sedar akan hakikat tu. Betullah, manusia ni perlu selalu dinasihati, barulah sentiasa sedar diri. Beruntung besar sebenarnya kita. Pada aspek sainsnya, perut kita diberi rehat setelah 11 bulan memproses segala jenis makanan yang entah apa-apa. Pada aspek islamnya? Tepuk dada, Tanya jiwa. Kita yang mencorakkan Ramadhan kita sebenarnya. 

Dah sampai penghujung bulan mulia, refleksinya apa? Baik atau buruk, jawapannya hak peribadi. Usah ditangisi perginya Ramadhan kali ini. Kerana, hikmahnya ia pergi, untuk kita terus rindu dan menunggu kemunculan seterusnya. Namun, masanya masih berbaki. Masih sempat untuk beramal separuh mati. Usaha selagi terdaya. Kita mampu mengubahnya. Oho.

Hurr. Post ni hala tujunya kemana sebenarnya? Entah. Aku pon takketahuan punca. Salah tangan – menaip tanpa ada tema. Haha. Apapon, aku doa agar kita diberkati dalam bulan penuh barakah ni. Semoga semua amal diredhai dan diterima oleh Ilahi. Allahumma ameen.

Dan untuk aku sendiri. Apa yang aku dapat Ramadhan kali ni? Entah. Aku pun tak tahu apabenda. Rasa macam ketinggalan sangat-sangat sebenar-benarnya. Entah kenapa. Kalau Ramadhan tahun lalu, aku rasa saaangat bererti, namun, Ramadhan tahun ini aku rasa kehilangan dan ketinggalan Ya Robbi. Tak sempat nak chase buat itu ini. Kalau buat yang itu, yang ini tinggal mimpi. Semuanya serba tak menjadi. Sampai aku rasa, aku sebenarnya gagal besar dalam Ramadhan kali ni. Bukan nak sembang akulah juara paling banyak amal dalam Ramadhan setiap tahun. TAK. Cuma aku geram sebab rasa macam takdak improvement langsung dalam diri aku. Aku ulang, takdak langsung! Habes tu, macam mana nak bagi ‘Hari ini lebih baik dari semalam’ jadi realiti? Tinggal mimpi sekali lagi? *Juling mata, tampar dahi. 

Usaha maksimakan peluang untuk masuk syurga.

Aku harap, aku dah usaha semaksima yang bisa. Mungkin aku tak sehebat mereka saudara di Syria. Mungkin aku tak secekal mereka saudara di Gaza. Mungkin juga aku tak sekebal mereka-mereka para mujahideen Islam di seluruh pelosok dunia. Namun, aku harap, usaha yang aku lakukan, cukuplah mendapat perhatian Yang Maha Esa. Semoga Dia ganjar apa yang telah aku dan semua muslimeen dah usaha. Harapnya segala amal aku dan kamu-kamu menjadi saham dan tiket sah untuk mendiami syurga.

Ramadhan merangkak pergi bukan bererti amalan berganda perlu dihenti.


Kehadapan anda-anda ;
Maaf ku pinta, andai khilaf pernah melakar luka. Ramadhan yang pergi, pastikan benar-benar membawa erti. Syawal yang bakal datang, sambut dengan lapang, terima dengan tenang. Sesungguhnya, untuk matang bukanlah senang, untuk tenang bukanlah lenang. Barakallahulak.

Kullu 'Am Wa Antum Bikhair | Salam Aidilfitri 1435 Hijri


Hendaknya Ramadhan kali ini benar-benar bererti.

Comments

Popular Posts