Hebat Kerana Kuat .


‘Hakikatnya, kita tak pernah kehilangan apa-apa,
sebab kita takpernah memiliki apa-apa.’

Entah kenapa, aku rasa nak menulis pasal ni. Aku taksangka, selama hari ni aku hidup dengan di kelilingi oleh orang-orang yang sangat tabah. Kehilangan macam-macam benda, tapi masih mampu tersenyum megah meneruskan kehidupan. Tapi aku? Baru sedikit diuji, dah menangis berbaldi-baldi.

Tapi, waktu kita kehilangan atau tidak memiliki sesuatu, maka kita akan dihadapkan pada 2 pilihan : 
1. Menjadi lebih baik 2. Menjadi lebih buruk.

Live well or live hell, you choose.

Mungkin berat untuk kita terima satu kehilangan kan? Tapi, kalau dah takdir, siapa kita untuk menolak? Mungkin itu dugaan, untuk menguji sejauh mana kita beriman. Mungkin itu cabaran, untuk menguji sejauh mana kita mampu bertahan. Buat anda yang tabah, tahniah. Anda hebat sebenarnya.



Allah takkan memberatkan dengan apa yang kita tak mampu.

Comments

Popular Posts