Salam Aidilfitri Sahabat .
Malam 29 Ramadhan ~
Merenung pekatnya malam. Allah. Taksanggup nak biarkan
Ramadhan melangkah pergi. Esok, puasa terakhir dalam bulan Ramadhan. Tadi pun,
tarawih terakhir. Dah nak habis Ramadhan tahun ni. Rasa macam nak teriak suruh
bumi berhenti. Berhenti dari bergerak lagi dan lagi. Berhenti untuk bulan
Ramadhan ni. Sayunya hati, kenapa lah tahun ni baru rasa nak hargai?! Entahkan
diterima amalan, atau hanya jadi harapan. Entahkan dapat jumpa Ramadhan depan,
atau hanya jadi angan-angan. Ramadhan,, jangan tinggalkan aku!
Mata beralih pada tafsir di meja. Huh. Lagi satu juzuk nak
khatam buat kali ketiga. Esok, sempat la kot nak pecut khatam semua.
InsyaAllah. Alhamdulillah, tafsir pun dah khatam sekali. Syukur jugak,
tiap-tiap jumaat, dibaca Kahfi. Sungguh lah, Ramadhan kali ni memang bagi erti.
Erti yang takmampu dijual beli, apatah lagi ditukar ganti.
Boom! Boom!
Hailaa. Tangan mengurut dada. Benda ni la yang nak
me’reduce’ pahala pun. Mulut cepat-cepat mengalun zikrullah. Budak-budak ni
main mercun tak ingat dunia. Bila dah kena sekali, baru nak meratap menginsaf
diri. Hailoh. Nakal ya Rabbi. Tampaq pipi, garu dahi. Badan berpusing menuju ke
meja. Cursor digerakkan. Ramainya yang update pasal raya! Allah, Ramadhan
sehari lagi kot. Apa la nak raya awal-awal? Hurm. Open new tab. Nak update blog
tak? Ramadhan dah nak habes. Entry baru tak eh? Tambah tolak darab bahagi, new
post aku tekan akhirnya. Dalam usaha nak merangka cerita, tangan tertepis gelas
di bucu meja. Prangg! Berkecai menjadi kepingan kaca. Kenapa la cuai sangat?
Berkerut muka menahan rasa. Adeh, kenapa la rasa nak leleh ni. Tunduk. Kutip
kaca. Sungguh, mata pun dah berkaca. Kenapa ni hati? Teringat peristiwa siang
tadi. Adeh. Dah masuk aura hati lembut pulak.
Flashback.
Muka disapa angin. Lembut. Tenang. Abah, mak. Addi datang.
Yasin di tangan dibawa ke dada. Cuba mencari kekuatan. Melangkah tenang menuju
ke empat tiang yang tegak berdiri. Tangan menyapu bumi yang dipenuhi daun-daun
kering. Punggung dilabuhkan dan kaki menarik sila. Assalamualaikum abah, mak.
Dah 28 Ramadhan. Lusa dah nak raya. Addi minta maaf kalau ada salah. Addi minta
maaf sebab jarang jenguk. Addi baru ja balik kampung untuk raya ni. Maafkan
Addi. Mata berkaca. ‘Lelaki tak menangis depan orang, kalau nak menangis pun biar
hanya depan Tuhan.’ Lantas, mulut mula mengalun al-Fatihah. Yasin turut dibaca.
Selesai semuanya, mulut berhenti berbunyi. Mata memandang sepi pusara abah dan
mak. Dah takdak lagi senyuman yang menyambut kepulangan dirinya. Digeleng
kepala. Mulut terukir senyuman pahit. Tanpa perasa. Punggung diangkat. Abah
mak, Addi minta diri dulu, 1 Syawal nanti, Addi datang lagi. Semoga tenang
disana ya, Abah, Mak. Amin. Kaki melangkah pergi.
Allah, kepala digeleng. Addi, budak-budak la kau ni. Dah tua
pun nak leleh. Tapi, ni la pertama kali raya tanpa mak abah. First time, baju
raya kena beli sendiri. First time, kena kemas rumah sorang-sorang. First time,
balik rumah kena berbuka puasa sorang-sorang. Takkan tak sentap lagi? Tapi,
Allah takkan beratkan dengan apa yang kita takmampu. Allah tak zalim, Addi. Betullah
la tu. Teringat waktu mak usu telefon bagitahu yang mak abah dah tak ada. Ah,
indahnya. Abah mak pergi atas plane. Kenapa indah? Sebabnya, diorang baru balek
umrah. Aku? Allah, semoga aku juga meninggal dalam keadaan baik sepertimana
mereka. Auch! Tangan tertusuk kaca. Haih la Addi. Cuai lagi. Kepala digeleng
entah buat kali ke berapa.
Tangan dah mula nak menaip kembali. Tiba-tiba telefon berdering
minta perhatian. Pulak. Kaki melangkah ke katil. Telefon dicapai. Abang!
‘Assalamualaikum abang!’
‘Ha, Addi. Waalaikumussalam. Buat apa?’
‘Tunjuk perasaan. Haha.’
‘Ish, takhabes loyarburuk. Ni,
abang balek esok rumah oke. Jangan sedih-sedih budak kecik. Haha.’
‘Ish, abang
ingat Addi budak tadika ke?’
‘Eh, memang Addi budak tadika pun kan?’
‘Abang!’
‘Haha.
Oke la. Esok abang sampai. Jom. Dah lewat. Selamat malam. Jangan lupa niat. Ramadhan
last esok tuu. Assalamualaikum’
‘Waalaikumussalam’
Abang. Satu-satunya adek-beradek yang aku ada. Paling caring,
penyayang dan prihatin. Stop. Haha. Malas nak puji melambung. Tapi, sungguh la. Dia je la
abang yang aku ada. Jam dimeja menyapa mata. 2 pagi. Haila, lewat dah ni. Sambung
qiyam je la jawabnya. Hurm. Punggung dilabuh kembali ke atas kerusi. Tangan mula
menaip entry baru.
‘ Ramadhan merangkak pergi, bukan bererti amalan berganda
perlu dihenti. Buat anda, saudara seagama, biar Ramadhan melambai, amalan
jangan terabai.’
Ayat terakhir entry Addi. Butang post ditekan. Kaki menuju ke bilik air. Tangan memulas
pili. Acara malam dah nak bermula.
Tangan mengangkat takbir. Allahuakbar!
_____________________________________________________________________________
Ke hadapan anda yang membaca ;
Ramadhan masih berbaki kawan ,
Masih punya masa tambah amalan ,
Peluang setahun sekali jangan disiakan ,
Belum pasti jumpa semula Ramadhan depan .
Ramadhan masih berbaki kawan ,
Masih punya masa tambah amalan ,
Peluang setahun sekali jangan disiakan ,
Belum pasti jumpa semula Ramadhan depan .
Anda. Maaf ku pinta, andai khilaf pernah melakar luka. Ramadhan
yang pergi, pastikan benar-benar membawa erti. Syawal yang bakal datang, sambut
dengan senang. Lapangkan hati, tenangkan diri.
Salam Aidilfitri 1434Hijri.
Untuk matang, bukan senang. Untuk tenang, bukan lenang.
Comments
Post a Comment
Leave your thoughts here.